Lelaki warga emas hilang di Sungai Batang Kayan
Lelaki warga emas hilang di Sungai Batang Kayan

KUCHING: Penemuan sebuah bot yang bergerak tanpa pemandu memberi petunjuk kehilangan lelaki warga emas di Sungai Batang Kayan, di Lundu, hari ini.
Bot dipercayai milik Awang Bosman Awang Jibi, 74, yang berpusing-pusing di tengah sungai ditemui penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan Kampung Sileng itu kira-kira jam 11 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, bot berkenaan kemudian tersangkut di tebing dan penduduk menyedari pemiliknya menghadapi masalah.
“Berikutan penemuan bot itu, keluarga lelaki terbabit serta penduduk kampung yakin dia terjatuh ke dalam sungai dan laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Lundu.
“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu yang menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi mengarahkan tujuh anggota mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Menurutnya, berdasarkan keterangan keluarga, lelaki terbabit turun ke sungai pagi tadi untuk menjala.
“Operasi pencarian mangsa kini digerakkan dari lokasi bot ditemui menghala ke hilir sungai.
“Operasi turut disertai tiga anggota polis, enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dibantu 21 penduduk kampung yang menaiki 10 bot,” katanya.
Lelaki warga emas hilang di Sungai Batang Kayan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
You must be logged in to post a comment.