Polis masih tunggu laporan forensik telefon bimbit CEO Batu
Polis masih tunggu laporan forensik telefon bimbit CEO Batu

GOMBAK: Polis masih menanti laporan forensik ke atas telefon bimbit berhubung kes membabitkan pempengaruh dikenali sebagai CEO Batu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata ia penting bagi membantu polis melengkapkan kertas siasatan.
“Belum lagi (tuduh), setakat ini laporan forensik (telefon bimbit) belum diterima daripada pihak berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, pempengaruh dikenali CEO Batu sudah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.
Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada 22 Mei lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Sebelum itu, Harian Metro melaporkan CEO Batu dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja bawah umur.
Menerusi beberapa hantaran Caprice di ‘feed’ dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.
Antara tangkap layar dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar tidak senonoh dihantar CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.
Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu berkenaan.
Polis masih tunggu laporan forensik telefon bimbit CEO Batu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.