Terkena renjatan elektrik ketika petik mangga, lelaki maut di atas pokok

Terkena renjatan elektrik ketika petik mangga, lelaki maut di atas pokok

Terkena renjatan elektrik ketika petik mangga, lelaki maut di atas pokok
Pasukan bomba menurunkan mangsa dari atas pokok sebelum lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – Foto ihsan bomba

PAPAR: Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika berada di atas pokok untuk memetik buah mangga di Kampung Bambangan, di sini, hari ini.

Difahamkan mangsa, Ahajah Abdul Musa, 42, menggunakan galah besi untuk menjolok buah di hujung dahan pokok sebelum ia terkena kabel elektrik berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Penolong Penguasa Bomba Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.01 petang.

Setiba di lokasi, beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas pokok mangga, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

“Pasukan bomba kemudian menurunkan mangsa dari atas pokok dengan menggunakan tangga serta tali penyelamat, selepas bekalan elektrik diputuskan oleh Sabah Electricity.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR


“Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.29 petang.

 

Terkena renjatan elektrik ketika petik mangga, lelaki maut di atas pokok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker