Bapa enggan ikat jamin anak mengaku rogol kenalan lebih 16 kali
Bapa enggan ikat jamin anak mengaku rogol kenalan lebih 16 kali

BATU PAHAT: Seorang bapa nekad tidak mahu membayar ikat jamin RM1,500 yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini terhadap anak lelakinya yang mengaku bersalah merogol kenalan perempuan, awal bulan ini.
Tindakan lelaki berusia 40-an kerana mahu memberi pengajaran terhadap anak lelakinya berusia 16 tahun yang membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass.
Sebelum itu, lelaki terbabit menemani anak sulungnya bagi prosiding pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan dilihat beredar meninggalkan anaknya tanpa membayar ikat jamin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol kenalannya berusia 15 tahun di sebuah rumah dalam daerah ini antara jam 4 hingga 5.30 petang, 2 Jun lalu.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat bapa tertuduh, remaja yang bekerja di kedai makan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kenalannya ketika ibunya keluar bekerja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi
- Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993
Namun, pada hari kejadian, ibunya berusia 41 tahun pulang lebih awal daripada waktu sepatutnya sebelum melihat selipar perempuan berada di luar rumahnya.
Wanita kemudiannya mengetuk pintu beberapa kali sebelum remaja itu membuka pintu.
Pemeriksaan dalam bilik tidurnya mendapati ada seorang perempuan di dalamnya.
Malah, siasatan awal polis mendapati kedua-dua tertuduh dan mangsa mengaku mereka sudah melakukan hubungan itu sejak lama sehingga 16 hingga 18 kali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yang daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
Mahkamah menetapkan 16 Julai ini untuk sebutan fakta dan perintah serta laporan akhlak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terhadap tertuduh.
Bapa enggan ikat jamin anak mengaku rogol kenalan lebih 16 kali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.