UPSI buka bilik gerakan
UPSI buka bilik gerakan

KUALA LUMPUR: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif membuka bilik gerakan bagi membolehkan sebarang maklumat berkaitan kemalangan membabitkan pelajar universiti itu dilaporkan dengan segera.
“UPSI sudah menerima laporan awal mengenai satu kemalangan yang membabitkan pelajar UPSI yang berada dalam sebuah bas persiaran yang berlaku di kawasan Gerik, Perak.
“Pihak UPSI sudah membuka bilik gerakan dan sebarang maklumat boleh menghubungi talian 05-4507148 (pejabat) atau 019-5719977 (hotline),”menurut kenyataan UPSI, hari ini.
BH melaporkan, sejumlah 44 mangsa membabitkan pelajar UPSI Tanjung Malim terbabit dalam kemalangan selain empat lagi mangsa menaiki kenderaan Perodua Alza, pagi tadi.
Sementara itu, UPSI turut memohon seluruh warga UPSI dan masyarakat umum bersama-sama mendoakan supaya urusan ini dipermudahkan.
“Pihak UPSI sentiasa prihatin dengan kebajikan pelajar dan akan memberi bantuan serta sokongan kepada waris,” menurut kenyataan itu.
UPSI buka bilik gerakan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.