Pesara polis berusia 80 tahun cedera, kereta rempuh gerai makan di Alor Gajah

Pesara polis berusia 80 tahun cedera, kereta rempuh gerai makan di Alor Gajah

Pesara polis berusia 80 tahun cedera, kereta rempuh gerai makan di Alor Gajah
Kereta dipandu pesara tentera yang merempuh sebuah gerai di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal, Alor Gajah, petang tadi. – Foto ihsan APM Alor Gajah.

ALOR GAJAH: Lelaki warga emas cedera apabila kereta Perodua Myvi dipandunya merempuh gerai makanan di Jalan Pantai Belimbing, Durian Tunggal, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, pemandu berusia 80 tahun yang juga pesara polis hanya mengalami bengkak di kepala dipercayai akibat terhantuk.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan dari arah Pulau Sebang menghala ke Taman Melaka Perdana.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, kereta dipandu warga emas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah warung di tempat kejadian.

“Ketika itu gerai berkenaan masih dibuka, namun mujur tiada tiada peniaga dan pelanggan berada di dalam premis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Akan Ulangi Sejarah Kejatuhan Tun Ghafar Baba Dalam Pemilihan UMNO 1993


“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami bengkak di kepala selain kerosakan pada kereta dan hadapan kedai akibat rempuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ashari berkata, mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah dan satu laporan dibuat pemilik warung berusia 53 tahun dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Dalam perkembangan sama, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Kapten (PA) Shahrulnizam Mad Shah berkata seramai empat anggotanya digegaskan ke lokasi untuk bantuan sejurus menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi anggota mendapati terdapat sebuah kereta terperosok di dalam warung dan dihempap bumbung runtuh.

“Mangsa dikeluarkan oleh orang awam ketika pasukan tiba dan anggota bertugas memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera bengkak di dahi serta menenangkannya,” katanya dihubungi.

 

Pesara polis berusia 80 tahun cedera, kereta rempuh gerai makan di Alor Gajah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker