‘Gelecekan maut’ Holgado jadi harapan baru serangan Malaysia

‘Gelecekan maut’ Holgado jadi harapan baru serangan Malaysia

'Gelecekan maut' Holgado jadi harapan baru serangan Malaysia
HOLGADO (tengah) dianggap mampu menyuntik nafas baharu kepada jentera serangan negara. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Penyokong bola sepak negara kini pastinya tidak sabar menantikan kemunculan penyerang berbakat, Rodrigo Holgado, yang dijangka memperkuat skuad Harimau Malaya sebagai pemain berdarah kacukan terbaharu.

Pemain berusia 29 tahun dari kelab America de Cali yang terkenal denan ‘gelecekan maut’ selepas menampilkan keupayaan dribel yang luar biasa, sekali gus mampu menjadi senjata paling tajam dalam barisan serangan skuad kebangsaan.

Menurut laman sesawang terkenal, whoscored.com, yang sering menganalisis kekuatan dan kelemahan pemain bola sepak, Holgado memiliki kelebihan luar biasa dalam aspek gelecek.

Ini memberi gambaran jelas bahawa pemain ini mampu menggugat pertahanan lawan dengan corak permainan yang agresif dan penuh kreativiti.

Selain itu, Holgado juga terkenal dengan kemahiran bermain hantaran pendek yang cemerlang, menjadikannya pilihan utama dalam merancang serangan bertali arus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


‘Aset tambahan’ pemain ini adalah keupayaannya memberikan ancaman hebat ketika situasi bola mati, satu kemahiran yang amat diperlukan skuad Harimau Malaya untuk meningkatkan peluang menjaringkan gol.

Bagaimanapun, whoscored.com turut menyorot beberapa kelemahan Holgado yang mungkin sedikit menimbulkan kerisauan.

Antara kelemahan utama adalah kemampuan memegang bola yang agak lemah, serta sentuhan penyudah dan pertembungan di udara yang kurang memberangsangkan.

Walaupun begitu, kehadiran Holgado dianggap mampu menyuntik nafas baharu kepada jentera serangan negara, terutamanya di saat Harimau Malaya sedang giat memperkukuhkan pasukan bagi menghadapi cabaran akan datang.

Barisan kejurulatihan pasukan diharap dapat memanfaatkan kelebihan Holgado sambil memperbaiki aspek kelemahan yang ada agar pemain ini dapat memberi impak maksimum di pentas antarabangsa.

‘Gelecekan maut’ Holgado jadi harapan baru serangan Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker