Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.

Syahir tak patah semangat, tekad lebur ego Thailand

Syahir tak patah semangat, tekad lebur ego Thailand

Syahir tak patah semangat, tekad lebur ego Thailand
SYAHIR akur dengan kehebatan Thailand. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Tekong nombor satu negara Mohammad Syahir Rosdi menegaskan dia sesekali tidak akan mengalah dan akan terus berjuang untuk sepak takraw Malaysia.

Syahir menegaskan walaupun skuad negara terpaksa akur dengan kehebatan musuh tradisi, Thailand selepas tewas 0-2 dalam aksi final Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, malam semalam, perjuangan akan diteruskan sehingga keegoan Thailand dapat ditundukkan satu hari nanti.

“Kekalahan itu memang perit, namun pasukan menunjukkan peningkatan dan masih berada di landasan tepat untuk kejohanan akan datang.

“Walaupun kalah, kami kalah dengan tie-break. Itu tak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang.

“Selepas ni kami akan fokus kepada Piala Raja, Sukan Sea dan tahun depan Sukan Asia. Jadi perjalanan masih panjang. Saya harap penyokong terus beri sokongan kepada sepak takraw Malaysia,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk


Mengulas tentang kekuatan lawan, Syahir tidak menafikan kehebatan Thailand yang masih menjadi kuasa besar dalam arena sepak takraw dunia.

“Memang agak susah untuk dapat mata dari Thailand ni. Kita semua tahu Thailand pasukan yang hebat. Jadi mereka takkan patah semangat. Kita juga tak patah semangat dan tak akan putus asa untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan kemarau 34 tahun terus berlarutan selepas kali terakhir pada Sukan Sea Manila 1991.

Syahir tak patah semangat, tekad lebur ego Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen Timbalan Presiden PKR Dedahkan Wajah Sebenar Rafizi

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker