Pemilik kereta terselamat, kereta tiba-tiba terbakar
Pemilik kereta terselamat, kereta tiba-tiba terbakar

KUANTAN: Seorang lelaki berusia 41 tahun selamat selepas kereta mewah miliknya tiba-tiba terbakar di kawasan parkir hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Sungai Isap, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan awal, pemilik kereta berada di dalam kenderaan sambil menunggu anaknya di parkir sekolah itu pada jam 12.40 tengah hari.
“Pemilik kereta sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah dan kenderaan itu berada di kawasan parkir di hadapan sekolah dan secara tiba-tiba terbakar manakala pemiliknya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria, berkata sebuah jentera Bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 12.41 tengah hari.
“Bomba tiba kira-kira jam 12.57 tengah hari dan berjaya memadam dan mengawal api kira-kira 15 minit kemudian. Kenderaan itu musnah kira-kira 90 peratus,” katanya.
Pemilik kereta terselamat, kereta tiba-tiba terbakar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?