Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama?
‘Dia Mahu Kembali Bermonogami & Atas Desakan Orang Ketiga’
Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama?
Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin memberi bayangan memfailkan cerai kali kedua demi memenuhi permintaan isteri pertama, Ustazah Rose Aliza Sutrisno di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Permohonan kali kedua
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), penyanyi berusia 51 tahun itu mendakwa didesak oleh orang ketiga untuk berpisah dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Tambahnya, dia berharap agar doa isteri pertama dimakbulkan dalam bulan Ramadan ini.
Saya buat permohonan ini bukan diatas kehendak hati saya kerana saya tahu berdosa.
Tapi kerana ingin menunaikan hajat isteri pertama dari dulu lagi yang mahu kembali monogami dan juga atas desakan anak/orang ketiga supaya kami berpisah.
Buat Ustazah (isteri pertama), moga Ramadan kali ini, doa ustazah akan termakbul.
Allah sahaja yang tahu
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Samudera itu berharap agar suaminya mengikut bagaimana lafaz talak yang pertama dahulu.
Lepas kami bersama, solat subuh, saya dapat panggilan desakan dari orang ketiga.
Mintak ustaz ceraikan saya on the spot dan record lafaz cerai sebagai bukti.
Allah saja yang tahu.
Malah kenyataan jujur terbaru ustaz pun diminta oleh orang terdekat untuk diubah.
Dalam pada itu, Nora sempat berdoa agar tuhan mengampunkan dosa-dosanya.
Sumber: Instagram @itsnoraariffin
Nora Ariffin Beri Bayangan Buat Permohonan Cerai, Ikut Permintaan Isteri Pertama?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET