2 beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang

2 beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang

2 beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang
Anggota APM membantu memotong pokok tumbang yang menghempap kereta dan menghalang laluan. (Foto kecil) Dua beranak yang cedera dibantu. – Foto ihsan APM

KOTA KINABALU: Dua beranak cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Lama Tuaran, Likas, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, wanita berusia 44 tahun cedera pada lutut, manakala anak lelakinya berusia lima tahun cedera pada dahi.

Pegawai Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, pokok yang tumbang itu menghalang jalan raya dan menghempap dua kereta.

“Dua mangsa membabitkan wanita dan anak lelakinya cedera ringan dan diberi rawatan awal oleh anggota APM,” katanya.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk rawatan lanjut dan pasukan APM membantu kerja pemotongan dan pengalihan pokok tumbang.

2 beranak cedera kereta dihempap pokok tumbang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berakhirnya Penguasaan Dinasti Lim, Akan Berubahkah DAP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker