Buaya 1.2m dari Sungai Petagas ditembak di Pantai Tanjung Aru
Buaya 1.2m dari Sungai Petagas ditembak di Pantai Tanjung Aru

KOTA KINABALU: Seekor buaya bersaiz 1.2 meter ditembak anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL) ketika operasi menjejaki buaya di Pantai Tanjung Aru, di sini, hari ini.
Kehadiran reptilia itu disedari petugas pemantau terdiri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan JHL Sabah, kira-kira jam 3.30 petang.
Pegawai APM Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, petugas pemantau mendapati seekor buaya berada di tembok berhampiran Pantai Tanjung Aru 3.
“Selepas penilaian keselamatan, dua das tembakan dilepaskan oleh pegawai JHL, Jofri Ebrahim dan tepat mengenai buaya berkenaan.
“Bangkai buaya kemudian dibawa pihak JHL Sabah untuk pelupusan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut JHL Sabah, buaya yang viral dua hari lalu dipercayai dari muara Sungai Petagas.
Operasi pemantauan ditangguhkan jam 4.30 petang dan akan disambung kira-kira jam 9 malam ini.
Buaya 1.2m dari Sungai Petagas ditembak di Pantai Tanjung Aru
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET