Warga emas tular tampar pemuda ‘tak puasa’ didakwa esok
Warga emas tular tampar pemuda ‘tak puasa’ didakwa esok

JOHOR BAHRU: Warga emas yang tular kerana menampar seorang pemuda bukan Islam yang makan secara terbuka di waktu siang pada bulan Ramadan, akan didakwa esok.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, suspek, 65, akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
“Hari ini, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan hasil penelitian diputuskan untuk menuduh suspek.
“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu akan dibawa ke mahkamah dan akan dituduh esok,” katanya menerusi kenyataan media.
Terdahulu, tular video memaparkan seorang pemuda ditegur lelaki yang juga warga emas kerana makan secara terbuka pada bulan Ramadan di sebuah pusat beli-belah di sini.
Berlaku ketegangan apabila warga emas berkenaan meminta pemuda itu menunjukkan kad pengenalan bagi membuktikan dia bukan beragama Islam.
Pemuda itu yang enggan menunjukkan kad pengenalan kemudian mendakwa warga emas berkenaan memarahi dan turut menamparnya beberapa kali.
Warga emas tular tampar pemuda ‘tak puasa’ didakwa esok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET