Buriram, JDT terikat tanpa gol dalam aksi pusingan 16 ACLE

Buriram, JDT terikat tanpa gol dalam aksi pusingan 16 ACLE

Buriram, JDT terikat tanpa gol dalam aksi pusingan 16 ACLE
AKSI antara JDT dan Buriram sebentar tadi. FOTO Ihsan Johor Southern Tigers

Kuala Lumpur: Buriram United gagal membawa bekalan positif dalam aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas terikat tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Buriram sebentar tadi.

Buriram dilihat menguasai perlawanan, mendominasi asakan ke kubu JDT sepanjang babak pertama, namun skuad kendalian Osmar Loss Vieira gagal menembusi pertahanan lawan.

Percubaan terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-26 apabila Guilherme Bissoli mencuba nasib dengan satu rembatan dari luar kotak penalti, namun bola hanya sedikit melepasi palang gol.

Pada minit ke-65, Buriram hampir membuka jaringan menerusi tandukan Suphanat Mueanta, tetapi usaha berkenaan berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.

Di penghujung perlawanan, Buriram mendapat beberapa peluang lagi, tetapi usaha mereka untuk mencari gol terhalang oleh benteng pertahanan Harimau Selatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Kedua-dua pasukan gagal mencatatkan sebarang jaringan sehingga wisel penamat dan kini akan bertemu sekali lagi dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Mac ini.

Ini bukan kali pertama kedua-dua pasukan bertemu dalam ACLE, sebelum ini mereka juga terikat tanpa jaringan dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim pada 13 Disember lalu.

Buriram, JDT terikat tanpa gol dalam aksi pusingan 16 ACLE

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker