FA pertahan kualiti bola selepas dikritik Guardiola
FA pertahan kualiti bola selepas dikritik Guardiola

London: Persatuan Bola Sepak England (FA) tampil mempertahankan penggunaan bola rasmi dalam saingan Piala FA musim ini selepas pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengkritiknya sebagai ‘sukar dikawal’.
Guardiola membandingkan bola Mitre Ultimax Pro yang digunakan dalam Piala FA dengan bola rasmi Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara selepas pasukannya menewaskan Plymouth 3-1 pada pusingan kelima, semalam.
“Bola ini tidak bagus, saya minta maaf. Sudah bertahun-tahun perkara ini berlaku dalam Piala FA dan Piala Carabao. Saya tahu ia soal perniagaan dan ada perjanjian tertentu, tetapi kualitinya tidak baik,” kata Guardiola.
Jurulatih dari Sepanyol itu mendakwa bola berkenaan menyebabkan banyak percubaan melambung tinggi dan mendakwa bukan hanya Erling Haaland yang bergelut dengannya, tetapi juga pemain lain dalam perlawanan lain.
FA bagaimanapun mempertahankan penggunaan bola berkenaan dan menegaskan ia melalui ujian kualiti ketat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Bola Mitre Ultimax Pro yang digunakan dalam Piala FA dan semua pertandingan anjuran FA diuji mengikut piawaian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa). Semua bola dalam perlawanan profesional perlu memenuhi akreditasi Fifa Quality Pro dan bola ini lulus semua ujian,” kata jurucakap FA.
“Kami faham bahawa pemilihan bola adalah subjektif, tetapi kami yakin ia berfungsi dengan baik. Dengan lebih 350 gol dijaringkan dalam saingan Piala FA musim ini, ia membuktikan bola ini memberikan elemen kompetitif yang menarik.”
Sebelum ini, pengurus Arsenal, Mikel Arteta turut menerima kritikan selepas mengadu mengenai bola Puma yang digunakan dalam saingan Piala Liga, di mana pasukannya tewas agregat 4-0 kepada Newcastle di separuh akhir.
Dalam saingan Liga Juara-Juara, bola Adidas digunakan, manakala Nike adalah pembekal rasmi bagi Liga Perdana Inggeris.
Manchester City, yang tewas di final Piala FA musim lalu, dijadualkan bertemu Bournemouth dalam suku akhir kejohanan itu.
FA pertahan kualiti bola selepas dikritik Guardiola
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET