Fulham berang Bassey jadi mangsa serangan perkauman

Fulham berang Bassey jadi mangsa serangan perkauman

Fulham berang Bassey jadi mangsa serangan perkauman
BASSEY meraikan jaringan Fulham yang disempurnakannya. FOTO Reuters

London: Fulham mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyerang pemain mereka, Calvin Bassey dengan kata-kata berbaur perkauman dan homofobia di media sosial selepas perlawanan Piala FA menentang Manchester United.

Bassey, pemain antarabangsa Nigeria, meletakkan Fulham di depan sebelum United menyamakan kedudukan 1-1 di Old Trafford.

Namun, Fulham berjaya mara ke suku akhir selepas menang dalam penentuan penalti.

“Kelab Bolasepak Fulham Football amat terkejut dengan serangan perkauman dan homofobia yang diterima serta dikongsi oleh Calvin Bassey di media sosial selepas perlawanan Piala FA menentang Manchester United,” kata kenyataan kelab itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menjijikkan ini yang tidak mempunyai tempat dalam bola sepak atau masyarakat. Ia sama sekali tidak boleh diterima, dan kami berdiri teguh menyokong Bassey, yang akan terus menerima sokongan penuh daripada kelab.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Fulham juga berikrar akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti pelaku dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka.

Insiden ini bukanlah yang pertama dalam bola sepak England.

Pada Disember lalu, pertahanan Manchester City, Kyle Walker turut menjadi mangsa serangan perkauman selepas pasukannya tewas kepada Juventus dalam Liga Juara-Juara.

Malah, bulan lalu, penyerang wanita City, Khadija Shaw terpaksa diketepikan daripada satu perlawanan kerana masalah kesihatan mental selepas menerima serangan perkauman susulan kekalahan kepada Arsenal dalam Liga Super Wanita.

“Fulham komited untuk menentang segala bentuk diskriminasi dan terus berusaha mewujudkan persekitaran yang penuh dengan rasa hormat serta keterangkuman,” tambah kelab itu.

Fulham dijadualkan menentang Crystal Palace dalam suku akhir Piala FA pada 29 Mac ini.

Fulham berang Bassey jadi mangsa serangan perkauman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker