Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan

Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan

Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan
Ismail Sabri Yaakob.

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu bagi membantu siasatan berkaitan isu perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi dan publisiti ketika beliau menerajui negara.

Sumber memberitahu BH, Ahli Parlimen Bera itu memberi keterangan selama lima jam selepas SPRM memperoleh maklumat baharu daripada hasil risikan yang dibuat.

Beliau berkata, hasil keterangan Ismail Sabri kemudian membawa kepada penahanan empat pegawai kanan beliau tiga hari selepas itu.

Bekas pegawai kanannya direman SPRM beberapa hari yang mana serbuan dan rampasan lebih RM100 juta wang tunai dilakukan di sebuah kediaman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Sebelum ini, BH melaporkan dua individu bergelar Datuk antara empat bekas pegawai kanan Perdana Menteri ke-9 yang ditahan SPRM untuk membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah ketika era pentadbiran negara diketuai Ismail Sabri.

Selain itu, seorang pegawai eksekutif sebuah yayasan dan seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang pegawai khas terbabit turut ditahan oleh agensi antirasuah itu.

Kelmarin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata lapan individu akan dipanggil SPRM untuk dirakam keterangan berhubung siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri.

Lapan saksi itu akan dipanggil bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat.

Ismail Sabri akan dipanggil semula bantu lengkap siasatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker