Kemasukan ke hospital akibat COVID-19 tingkatkan risiko kematian, penyakit – Kajian
Kemasukan ke hospital akibat COVID-19 tingkatkan risiko kematian, penyakit – Kajian
ISTANBUL: Pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital berdepan risiko kesihatan jangka panjang, termasuk peningkatan risiko kematian dan gangguan organ, walaupun bertahun selepas keluar hospital, menurut satu kajian nasional yang diterbitkan dalam jurnal Infectious Diseases.
Menurut Anadolu Ajansi, penyelidik meneliti data lebih 380,000 individu, termasuk lebih 60,000 pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 pada 2020.
Kesihatan individu ini dipantau sehingga 30 bulan, dengan perbandingan dibuat antara mereka yang dimasukkan ke hospital kerana COVID-19 dan kumpulan kawalan daripada populasi umum yang tidak dimasukkan ke hospital dalam tempoh berkenaan.
“Kami mendapati bahawa individu yang dikeluarkan selepas dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 mempunyai peningkatan risiko kematian semua punca dan kemasukan semula ke hospital dalam tempoh 30 bulan,” menurut kajian itu, yang mendedahkan risiko lebih tinggi bagi masalah neurologi, pernafasan, buah pinggang, serta diabetes.
Enam bulan pertama selepas keluar hospital merupakan tempoh kritikal, dengan pesakit menghadapi risiko kematian hampir tiga kali ganda. Walaupun risiko menurun dari semasa ke semasa, ia kekal kira-kira tujuh peratus lebih tinggi apabila rekod kesihatan dikaji semula dua setengah tahun kemudian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Pesakit yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19 juga mencatat kadar kemasukan ke hospital lebih tinggi bagi gangguan kardiovaskular berbanding kumpulan populasi umum.
“Amat sedikit kajian yang menilai kesan COVID-19 terhadap pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan tempoh susulan selama ini,” menurut penyelidik.
“Penting untuk menganggarkan sejauh mana COVID-19 yang teruk dan memerlukan rawatan di hospital memberi kesan terhadap kesihatan pesakit serta penggunaan perkhidmatan kesihatan,” kata mereka. – BERNAMA-ANADOLU
Kemasukan ke hospital akibat COVID-19 tingkatkan risiko kematian, penyakit – Kajian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET