Menteri Britain letak jawatan kerana PM potong bajet bantuan asing
Menteri Britain letak jawatan kerana PM potong bajet bantuan asing

LONDON: Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain, Anneliese Dodds meletakkan jawatan hari ini berikutan keputusan Perdana Menteri, Keir Starmer untuk mengurangkan bajet bantuan asing bagi meningkatkan belanjawan pertahanan.
Pada Selasa, Starmer mengumumkan beliau akan meningkatkan perbelanjaan pertahanan tahunan sebagai isyarat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa Britain boleh meningkatkan tahap keselamatan Eropah.
Peningkatan itu akan dibiayai dengan mengurangkan belanjawan pembangunan luar negara daripada 0.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 0.3 peratus.
Badan amal kemanusiaan berkata, mereka terkejut dengan keputusan itu dan memberi amaran ia akan merosakkan pengaruh United Kingdom (UK).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Menurut mereka, ia akan turut memberi kesan buruk kepada pihak mana yang akan mereka sokong.
Dodds berkata, dalam surat peletakan jawatan yang disiarkan di platform X, pemotongan belanjawan itu akan menjadikannya mustahil untuk mengekalkan keutamaan pembangunan Britain, termasuk di Gaza, Sudan dan Ukraine.
“Saya tahu anda jelas bahawa (anda) tidak secara ideologi menentang pembangunan antarabangsa. Tetapi, realitinya, keputusan ini sudah digambarkan sebagai mengikut langkah pemotongan dibuat Presiden Trump kepada Agensi Pembangunan Antarabangsa (USAID),” katanya dalam satu surat.
Pejabat Luar Britain yang menyelia pembangunan belum memberikan sebarang komen berhubung isu terbabit. – REUTERS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET