Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia selamatkan warga Indonesia mangsa pemerdagangan manusia di Laos
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia selamatkan warga Indonesia mangsa pemerdagangan manusia di Laos
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menyelamatkan empat warga Indonesia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Laos.
Keempat-empat mangsa ini terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 28 tahun pada mulanya terpedaya dengan tawaran pekerjaan di negara berkenaan sebelum menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, selain ditipu dengan tawaran pekerjaan, mangsa turut dicederakan dengan dipukul, ditendang selain turut dikurung sekiranya enggan menurut segala arahan sindiket berkenaan dalam melakukan aktiviti penipuan atau scammer.
Beliau berkata, maklumat itu diperoleh oleh mangsa sendiri selepas meminta bantuan daripada pihak MHO yang pada masa sama berusaha membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang sama.
“Berdasarkan keterangan dari mangsa (warga Indonesia), mereka ini pada mulanya terpedaya dengan tawaran pekerjaan yang ada di Shanghai, China dan Bangkok, Thailand, yang dikongsikan di medium media sosial ketika berada di negara asal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
“Selepas menghubungi pihak yang menawarkan pekerjaan, mangsa diarahkan untuk menaiki penerbangan ke Bangkok, untuk bertemu ejen dan sebaik tiba di sana, mereka diarahkan untuk mengambil satu lagi penerbangan lain ke Chiang Rai.
“Di Chiang Rai mangsa akan dipaksa menaiki sebuah kenderaan untuk memasuki kawasan Chiang Sen, yang terletak antara sempadan Thailand dan Laos, sebelum pasport mereka dirampas selain dibawa ke mana-mana premis kediaman yang dijadikan pusat panggilan penipuan,” katanya selepas dihubungi BH malam semalam.
Terdahulu, MHO mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, selepas membawa pulang keempat-empat mangsa yang berasal dari Medan.
Hishamuddin berkata, mangsa ini hanya menyedari mereka ditipu selepas dipaksa menjadi operator panggilan bagi menghubungi mangsa penipuan aktiviti love scam, pelaburan dan pembelian barangan atas.
“Mangsa diugut bakal kehilangan pasport selain dipukul dan dikurung sekiranya gagal mencari jumlah wang penipuan yang disasarkan semasa membuat panggilan bagi menipu mangsa sindiket ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
“Sindiket turut mengarahkan mangsa untuk membayar wang sebanyak 36 juta Rupiah (RM3,600) sekiranya ingin dibebaskan,” katanya.
Seorang mangsa penipuan terbabit Riza Putra berkata, dia pada mulanya tertarik dengan tawaran pekerjaan itu melalui medium media sosial sebelum mengambil keputusan ke Bangkok untuk bertemu ejen pekerjaan yang dihubunginya.
“Saya kemudian dibawa ke Chiang Rai sebelum dipaksa menjadi scammer untuk menjalankan aktiviti penipuan dan akibat tidak tahan lagi dengan situasi di sana, saya kemudian menghubungi wakil MHO yang pada masa sama sedang berusaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang turut ditipu.
Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia selamatkan warga Indonesia mangsa pemerdagangan manusia di Laos
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET