Penganggur ditahan 3 jam lepas samun kedai emas

Penganggur ditahan 3 jam lepas samun kedai emas

Penganggur ditahan 3 jam lepas samun kedai emas
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat. – Foto ARKIB

JOHOR BAHRU : Seorang penganggur ditahan dalam tempoh tiga jam, selepas menyamun dua utas rantai emas bernilai RM59,000 dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Bakar Batu di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata pihaknya menerima laporan dari pekerja kedai emas terbabit yang memaklumkan suspek melarikan dua utas rantai dalam kejadian samun berlaku pada jam 7.22 malam, semalam.

Katanya, suspek lelaki berusia 28 tahun ditahan di sebuah rumah di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi pada jam 10.30 malam hari kejadian.

“Bertindak atas laporan yang dibuat oleh seorang pekerja wanita berusia 21 tahun, sepasukan pegawai dan anggota dari Cawangan (D9) Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan melancarkan operasi dan berjaya menahan suspek.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas seutas rantai emas 916 seberat 41.03 gram, satu utas rantai emas 999 seberat 73.04 gram, sebuah telefon bimbit iPhone 15, beg galas jenama Victorinox, pakaian yang dipakai suspek ketika kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Polis turut merampas sebuah kereta Honda Accord berwarna putih yang digunakan suspek untuk melarikan diri,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

“Suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula 27 Februari hingga 4 Mac depan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Penganggur ditahan 3 jam lepas samun kedai emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker