2 maut selepas terperangkap dalam kebakaran

2 maut selepas terperangkap dalam kebakaran

2 maut selepas terperangkap dalam kebakaran
Anggota bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Limbanak, Penampang. – Foto BOMBA

PENAMPANG: Dua individu dilaporkan maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Limbanak, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, seorang mangsa dilaporkan terkena renjatan elektrik manakala seorang lagi rentung selepas dipercayai terperangkap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tingalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 3.26 pagi.

Katanya, sepasukan 19 anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Penampang dan BBP Putatan terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.

2 maut selepas terperangkap dalam kebakaran
Pasukan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran rumah di Kampung Limbanak, Penampang. – Foto BOMBA

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal dengan keluasan 185 meter persegi yang terbakar 100 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


Zeno berkata, seorang dipercayai terkena renjatan elektrik manakala seorang lagi ditemui rentung di dalam rumah.

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.31 pagi dan setakat ini kerja-kerja pemadaman masih dijalankan. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan unit forensik bomba,” katanya.

2 maut selepas terperangkap dalam kebakaran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker