Anak Sheila Rusly saman Wak Doyok

Anak Sheila Rusly saman Wak Doyok

Anak Sheila Rusly saman Wak Doyok
IZAIR Haqimy pada sidang media mengambil tindakan saman terhadap syarikat milik pelakon dan usahawan Wak Doyok. FOTO Hazreen Mohamad

Kuala Lumpur: Suami kepada pelakon, Elisya Sandha iaitu Uzair Haqimy Azman melalui syarikat miliknya, LXM Resources memfailkan tuntutan saman terhadap WD Food Group Sdn Bhd milik pelakon dan pempengaruh, Wak Doyok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Saman itu dibuat susulan pelanggaran perjanjian dalam pembayaran sewa kenderaan yang membabitkan jumlah keseluruhan tuntutan sebanyak RM808,260.

Uzair yang juga anak sulung pelakon, Sheila Rusly berkata, dia nekad memfailkan saman selepas syarikat itu gagal dan cuai untuk mematuhi dua perjanjian perkhidmatan sewa kenderaan dalam tempoh 24 bulan bermula 22 Disember 2023 dan 21 Jun tahun lalu.

“Pihak kami nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat WD Food Group Sdn Bhd yang mana pemilik saham terbesar dimiliki oleh Mohd Azwan Md Nor atau Wak Doyok.

“Kami sudah berusaha untuk menyelesaikan perkara ini secara baik dengan memberi peluang kepada defendan membuat pembayaran sebelum tindakan guaman difailkan, namun mereka gagal mematuhi tuntutan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Jadi, kami terpaksa membawa perkara ini ke peringkat mahkamah selepas tiada tindak balas daripada mereka selepas diberikan notis pada Disember tahun lalu,” katanya.

Uzair berkata demikian dalam sidang media yang berlangsung di pejabatnya di Danau Kota, di sini, hari ini.

Turut hadir, peguam Uzair iaitu Ismail Mohamed Arifin dari Tetuan Gulam Ismail & Adila dan Elisya selaku Pengarah Urusan LXM Resources.

Menurut Uzair, dia berharap syarikatnya akan mendapat keadilan yang sewajarnya selepas memfailkan tuntutan saman terhadap pihak defendan.

Katanya, syarikatnya itu juga masih berusaha untuk kembali memulihkan hal kewangan selepas mengalami kerugian besar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Saya harapkan keadilan untuk syarikat, sebab sudah tentu kami terkesan dengan apa yang berlaku. Nak kata sudah kembali stabil pun tidak juga tapi kami cuba uruskan perniagaan secara baik.

“Sebelum ini kami ada berjumpa dengan pihak WD Food Group Sdn Bhd beberapa kali untuk mendapatkan penyelesaian. Namun, sampai ke hari ini tiada hasil.

“Ketika beberapa mengadakan perbincangan, nampak seperti baik-baik saja. Adalah sedikit ketegangan tapi tidak terlalu teruk,” katanya.

Sementara itu, Ismail menjelaskan tuntutan berjumlah RM808,260 itu termasuklah penalti kelewatan pembayaran yang merangkumi ganti rugi am, faedah sebanyak lima peratus setahun dan kos tindakan guaman.

“Mengikut pernyataan tuntutan, setakat ini pihak defandan hanya membuat bayaran sebanyak RM24,930. Setiap satu perjanjian itu, kalau ada kegagalan dan kelewatan, kita ada klausa penalti atau denda.

“Denda ini yang membuatkan nilai prinsipal ini bertambah yang menjadikan jumlah tertunggak sebanyak RM808,260,” katanya.

Anak Sheila Rusly saman Wak Doyok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker