Bella Astillah Bersama Syed Saddiq Di Dewan Parlimen [VIDEO]
Netizen Teruja!-“Hari Ini Dalam Sejarah…”
Bella Astillah Bersama Syed Saddiq Di Dewan Parlimen [VIDEO]
Nama pelakon, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas dilihat menghadiri Persidangan Dewan Rakyat di Bangunnan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi video di TikTok yang dimuatnaik oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, turut memaparkan gelagat anak lelaki Bella, Ayden Adrean yang lengkap berpakaian sut berwarna kelabu turut mengaminkan doa di hadapan Mas Ermieyati serta beberapa Ahli Parlimen yang lain.
“BASS (Bella Astillah, Syed Saddiq) di Parlimen hari ini.”-kapsyen ringkas Mas Ermieyati di TikTok
@emysamsudin BASS di Parlimen hari ini #parlimenmalaysia #bellaastillah #syedsaddiq #BASS
“Hari Ini Dalam Sejarah. Belum Pernah Lagi Se-Viral Ini Hingga Ke Parlimen…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat kemesraan Bella dan Syed Saddiq bersama Ahli Parlimen di Dewan Parlimen, malah ramai yang menitipkan doa agar mereka berdua dapat bersama.
“Hari ini dalam sejarah. Belum pernah lagi se-viral ini hingga ke Parlimen.”
“Segarang-garang YB Ketereh, luluh juga hati dengan Ayden siap tanya lagi adik mana.”
“Satu je nak komen, gentleman sungguh YB ni.”
“Ya Allah, walaupun mereka tak kenal aku, aku selitkan dalam doaku. Semoga mereka berdua berjodoh hingga ke Jannah. Bahagia di dunia dan akhirat..Aamin.”
“Anak Bella memang anak yang bijak. Tahniah Bella dapat menjaga anak dengan baik walaupun dalam keadaan yang rumit dahulu. Kami doakan yang terbaik untuk BASS dan keluarga.”
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dilihat banyak menghabiskan masa bersama selepas menjadi duta jenama pakaian. Malah, mereka berdua turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu, Sabah.
Sekadar info, Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Bella Astillah Bersama Syed Saddiq Di Dewan Parlimen [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
https://mykmu.net/2025/02/26/apa-sudah-jadi-dengan-kwsp/_