Polis giat kesan Muhamad Syahir yang hilang sejak 18 Februari

Polis giat kesan Muhamad Syahir yang hilang sejak 18 Februari

Polis giat kesan Muhamad Syahir yang hilang sejak 18 Februari
MUHAMAD Syahir Ghazali tidak dapat dikesan sejak 10 hari lalu.

GEORGETOWN: Polis sedang giat mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas pulang kerja di sebuah hotel di Jalan Bukit Gambir di sini sejak 18 Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata lelaki itu Muhamad Syahir Ghazali, 30, dipercayai keluar dari tempat kerjanya di hotel itu dengan berpakaian seragam kerja dan tidak pulang ke asrama penginapannya.

“Polis juga telah merakamkan keterangan ahli keluarga dan rakan-rakan sekerja bagi mengesan mangsa, malah berdasarkan keterangan tiada sebarang perselisihan faham atau pergaduhan membabitkan lelaki itu dengan mereka.

“Jadi kami menolak kemungkinan mangsa hilang kerana bergaduh dengan ahli keluarga atau rakan-rakannya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu pencariannya,” katanya dihubungi semalam.

Semalam media melaporkan, bapa mangsa, Ghazali Ismail, 66, risau selepas Muhamad Syahir hilang tanpa khabar berita sejak 10 hari lepas dan lebih merumitkan apabila dia tidak membawa telefon bimbit bersama sehingga menyebabkan keluarga tidak dapat menjejaki keberadaannya.

Ghazali yang tinggal di Kampung Tersusun Haji Tahir di Temoh, Perak dilaporkan berkata Muhamad Syahir bekerja sebagai juruteknik di sebuah hotel di sini dan tinggal di asrama disediakan majikannya. – BERNAMA

Polis giat kesan Muhamad Syahir yang hilang sejak 18 Februari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker