Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Buat Magik Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Buat Magik Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Lala Kalau Buat Stand Up Show, Wajib Aunty Datang”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @khawlalafns yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 40 ribu, tanda suka sebanyak 1,219 dan sebanyak 30 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Khawla yang cuba membuat magik dengan menggunakan beberapa biji cawan kertas.
@khawlalafns pandai dia buat magic 🤣 📸ishayung #syamel #erniezakri #syamelernie #khawlasoleha #fyp
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mnegatakan bahawa semakin membesar semakin banyak telatah lucu yang dibuatnya itu.
Gelagat Anak Ernie Zakri, Khawla Buat Magik Curi Perhatian Netizen! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET