Pemandu maut, nahas dua lori di Beluran
Pemandu maut, nahas dua lori di Beluran

BELURAN: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah lori lain di Jalan Telupid-Sandakan, berhampiran Kampung Bauto, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia selepas tersepit di kabin lori berkenaan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.47 malam.
Katanya, anggota dikerah ke lokasi kira-kira 70 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran.
“Pasukan operasi tiba di lokasi pada jam 12.30 tengah malam dan mendapati kemalangan membabitkan dua lori.
“Terdapat seorang mangsa tersepit dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebaik dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.
Pemandu maut, nahas dua lori di Beluran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET