Penumpang pesawat terpaksa duduk sebelah mayat

Penumpang pesawat terpaksa duduk sebelah mayat

Penumpang pesawat terpaksa duduk sebelah mayat
PESAWAT Boeing 787-9 Qatar Airways. FOTO fail AFP

Sydney: Suami isteri warga Australia mengecam Qatar Airways selepas mayat berselimut diletakkan di sebelah mereka semasa penerbangan jarak jauh ketika mereka menaiki pesawat itu.

Mitchell Ring berkata, seorang penumpang meninggal dunia ketika separuh tempoh perjalanan 14 jam dari Melbourne ke Doha, pada minggu lalu.

“Kru pesawat cuba mengalihkan mayat itu ke tempat duduk di kelas perniagaan. Tetapi gagal sebab ia adalah mayat seorang wanita yang agak besar dan kru tidak dapat membawanya melalui lorong.

“Mereka kelihatan agak kecewa, kemudian kru hanya memandang saya dan melihat ada tempat duduk kosong di sebelah saya,” katanya kepada rangkaian Australia, Nine News.

Ring berkata, dia terpaksa menunggu di sebelah mayat itu, walaupun selepas pesawat sudah mendarat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Kami perlu menunggu pula pegawai ambulans dan polis masuk ke pesawat. Kemudian mereka mula menarik selimut yang menyelimuti mayat wanita itu,” katanya.

Dia dan isterinya, Jennifer Colin, duduk di sebelah mayat berkenaan.

Ring berkata, dia dan isterinya duduk dengan mayat itu selama kira-kira empat jam, walaupun pesawat itu mempunyai tempat duduk lain yang kosong.

“Mereka berkata, ‘Bolehkah anda berpindah, sila’, dan saya hanya berkata, ‘Ya, tidak ada masalah’.

“Kemudian mereka meletakkan mayat wanita itu di kerusi yang saya duduki sebelum itu. Padahal terdapat beberapa tempat duduk ganti masih kosong di sekeliling yang saya boleh lihat,” katanya.

Sementara itu, Colin berkata, perlu ada protokol yang menjaga pelanggan di atas pesawat.

Dalam satu kenyataan kepada media Australia, Qatar Airways memohon maaf “atas sebarang kesulitan atau kesusahan yang mungkin disebabkan oleh insiden ini”.

“Pertama sekali, fikiran kami tertumpu kepada keluarga penumpang yang meninggal dunia dalam penerbangan kami.”

Penumpang pesawat terpaksa duduk sebelah mayat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker