Dubba: Manisan labu tradisional Yaman

Dubba: Manisan labu tradisional Yaman

Dubba: Manisan labu tradisional Yaman
HIDANGAN pencuci mulut Dubba, yang diperbuat daripada labu, digambarkan di sebuah kedai gula-gula di Sanaa, Yaman, pada 17 Februari 2025. FOTO Reuters

Sanaa, Yaman: Di sebuah kedai manisan di Sanaa, ibu negara Yaman, pencuci mulut tradisional ‘Dubba’ kian mendapat tempat di hati rakyat.

Dubba, pencuci mulut berasaskan labu yang kaya dengan rasa dan berkrim, diwarisi turun-temurun.

Rayyan al-Faqih, pemilik kedai manisan itu, mendedahkan rahsia di sebalik keunikan Dubba.

“Permintaan tinggi terhadap Dubba mendorong kami terus menyediakannya. Ia disediakan dalam pelbagai cara – ada yang memasaknya sebagai jem dan menambah susu, tahini atau bijan, ada juga yang memanggangnya, malah ada yang menjadikannya minuman,” katanya.

Tidak hanya enak, Dubba turut membawa nilai keagamaan.

“Dubba adalah pencuci mulut yang biasa dinikmati oleh penduduk Sanaa dan mempunyai manfaat kesihatan yang jelas,” kata seorang pelanggan, Najeeb Khairi.

Dubba: Manisan labu tradisional Yaman
SEORANG pemilik kedai gula-gula memegang sekeping labu yang dimasak ketika dia membuat pencuci mulut Dubba di kedainya di Sanaa, Yaman, pada 17 Februari 2025. FOTO Reuters

Abu-Baker al-Faqih, juga pelanggan setia, berkata: “Ia manis, lazat dan baik untuk pencernaan. Tidak hairanlah ia digemari ramai.”

Keunikan Dubba semakin terpancar apabila ia dikaitkan dengan nilai keagamaan.

Petani, Hamed al-Taheri menjelaskan: “Kami percaya kepada labu kerana ia disebut dalam al-Quran, dalam kisah Nabi Yunus, dan terdapat hadis tentangnya daripada Nabi Muhammad SAW. Labu bukan sahaja simbol keagamaan, malah membawa banyak manfaat kesihatan.”

Dubba kini bukan sekadar pencuci mulut malah ia menjadi lambang warisan budaya yang menyatu dengan kepercayaan rakyat Yaman.

Dengan pelbagai cara penyediaannya, hidangan ini terus menyemarakkan identiti kulinari negara itu, sambil mengingatkan kepada nilai tradisi yang lama diwarisi.

Dubba: Manisan labu tradisional Yaman

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker