TFC berpesta gol belasah Sri Pahang
TFC berpesta gol belasah Sri Pahang

Temerloh: Terengganu FC (TFC) memanfaatkan kelebihan seorang pemain apabila membelasah Sri Pahang FC, 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.
Skuad Tok Gajah terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang 62 minit tidak mampu untuk menyekat lawan daripada membawa pulang tiga mata.
TFC membuktikan mereka sememangnya layak menang apabila tidak menunggu lama untuk menjaringkan gol pendahuluan hasil sentuhan pemain tengah, Akhyar Rashid seawal minit kedua.
Pada minit ke-20, Safawi Rasid memastikan skuad itu selesa mendahului tuan rumah 2-0 selepas menewaskan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin.
Enam minit kemudian, skuad kendalian Fandi Ahmad terpaksa beraksi 10 pemain apabila pemain pertahanan, Aleksandar Cvetkovic dilayangkan kad merah kerana mengasari Akhyar oleh pengadil, Muhammad Izzul Fikri Kamaruzaman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Kekurangan seorang pemain menyaksikan pelawat berjaya menjaringkan gol ketiga menerusi pemain pertahanan, Muhammad Safwan Mazlan pada minit ke-28.
Namun, Sergio Aguero yang menerima hantaran daripada Mykola Ahapov menewaskan penjaga gol TFC, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin, sekali gus mengurangkan defisit 1-3 sebelum berakhir aksi babak pertama.
Bersambung babak kedua, tuan rumah yang ketinggalan berusaha untuk menambah jaringan, tetapi segala gerakan dilakukan dipatahkan lawan.
Sebaliknya, TFC menambah jaringan keempat hasil sentuhan Ismaheel Akinade pada minit ke-59 sebelum Manuel Ott menjaringkan gol kelima seminit sebelum tamat perlawanan.
TFC berpesta gol belasah Sri Pahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET