Polis siasat kematian Hud Aryan
Polis siasat kematian Hud Aryan

Kota Bharu: Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan kerana dibimbangi terdapat unsur kecuaian.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah untuk berbuat demikian.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan semalam tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan jenayah. Namun saya arahkan Ketua Polis Daerah untuk menjalankan siasatan lanjut.
“Ini berdasarkan tular di TikTok yang mengatakan tidak logik untuk kanak-kanak berusia 19 bulan itu boleh sampai ke sungai dalam beberapa minit sahaja.
“Justeru, polis akan merakam keterangan keluarga termasuk kedua ibu bapa mangsa hari ini. Ini kerana kita bimbang ada unsur kecuaian,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, polis setakat ini tidak membuka sebarang kertas siasatan sebaliknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.
Semalam media melaporkan, Hud Aryan ditemukan meninggal dunia selepas mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai di Kampung Kerila jam 4.15 petang semalam.
Penemuan mayat Hud Aryan kira-kira tiga kilometer (km) daripada lokasi kediaman neneknya dan 45 jam dari tempoh dilaporkan hilang.
Polis siasat kematian Hud Aryan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET