Pelajar tingkatan lima meninggal dunia selepas merentas desa
Pelajar tingkatan lima meninggal dunia selepas merentas desa

Sungai Petani: Pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, hari ini.
Mangsa, Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 16, dipercayai rebah sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan larian enam kilometer.
Mangsa yang sebelum aktif bersukan dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri dan menimbulkan suasana panik.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, guru bertugas bersama beberapa pelajar yang juga ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) membawa pelajar itu ke khemah berhampiran dan memberikan bantuan pertolongan cemas.
“Bagaimanapun, pelajar itu tidak memberikan sebarang tindak balas ketika bantuan kecemasan dilakukan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
“Guru berkenaan menghubungi ambulans dan pelajar itu dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) ,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pelajar terbabit meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
“Hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati anak mereka sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit selain aktif bersukan.
“Semakan juga mendapati bapa mangsa memberi kebenaran bertulis membenarkan anaknya menyertai acara sukan terbabit,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal pihak polis ke atas mayat pelajar berkenaan tidak menemui sebarang unsur jenayah atau khianat.
Pelajar tingkatan lima meninggal dunia selepas merentas desa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET