2 maut, jambatan runtuh di Korea Selatan
2 maut, jambatan runtuh di Korea Selatan

SEOUL: Dua maut, manakala tujuh lagi cedera selepas sebuah jambatan runtuh di tapak pembinaan lebuh raya di Korea Selatan, hari ini.
Media tempatan turut menyiarkan rakaman yang menunjukkan sebahagian jambatan runtuh dan menghasilkan kepulan asap tebal di udara.
Menurut kenyataan daripada Agensi Bomba Kebangsaan, dua orang disahkan meninggal dunia, manakala enam mengalami kecederaan serius serta seorang cedera ringan.
Agensi itu berkata, pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari seorang individu yang dilaporkan masih hilang.
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri memberitahu AFP, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Kejadian itu berlaku sekitar jam 9:50 pagi di Anseong, kira-kira 65 kilometer di selatan ibu negara Korea Selatan.
Awal kejadian, pihak berkuasa melaporkan kejadian berlaku di bandar berdekatan, Cheonan, tetapi kemudian membetulkan maklumat terbabit.
Pemangku Presiden, Choi Sang-mok juga sudah mengeluarkan arahan segera untuk mengerahkan semua sumber dan tenaga kerja bagi tujuan operasi menyelamat.
Menurut data daripada Kementerian Buruh Seoul, lebih 8,000 kematian berkaitan pekerjaan berlaku di negara itu antara tahun 2020 hingga 2023.
2 maut, jambatan runtuh di Korea Selatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET