Marikh pernah miliki pantai?

Marikh pernah miliki pantai?

Marikh pernah miliki pantai?
ILUSTRASI gambaran hipotetikal Marikh 3.6 bilion tahun lalu apabila lautan mungkin meliputi hampir separuh planet itu, dikeluarkan pada 24 Februari 2025. Kawasan biru menunjukkan kedalaman lautan sehingga paras garis pantai laut purba yang hilang, digelar Deuteronilus. Bintang oren mewakili tapak pendaratan rover China Zhurong dan bintang kuning adalah tapak rover Perseverance NASA, yang mendarat beberapa bulan sebelum Zhurong.

New York: Sepasukan penyelidik antarabangsa menganalisis data yang dikumpul daripada perayau atau rover “Zhurong” milik China menemukan bukti menunjukkan bahawa planet Marikh pernah memiliki pantai, lautan dengan ombak dan angin, menurut kajian yang diterbitkan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Penyelidik dari universiti di Amerika Syarikat dan China mengkaji data dikumpulkan oleh “Zhurong”, yang mendarat di kawasan dikenali sebagai Utopia Planitia pada 2021.

“Zhurong” ditugaskan untuk mencari tanda-tanda kewujudan air atau ais di Marikh, selain mengumpul data geologi persekitarannya menggunakan radar frekuensi rendah dan tinggi.

“Kami mencari kawasan di Marikh yang kelihatan seperti pantai dan delta sungai purba.

Menurut kajian “Proceedings of the US National Academy of Sciences“, pelbagai pemerhatian mencadangkan sejumlah besar air pernah wujud di permukaan Marikh, namun sifat serta keberadaan air masih menjadi persoalan.

“Penemuan ini menunjukkan kewujudan air pada masa lalu, menyokong hipotesis bahawa lautan pernah meliputi dataran utara Marikh,” jelas penyelidik dalam kajian itu.

Cardenas berkata data yang diperoleh menunjukkan deposit sedimen bawah tanah mempunyai lapisan struktur serupa dengan pantai di Bumi, termasuk cerun yang seakan menghala ke lautan.

“Ini terus menarik perhatian kami kerana ia mencadangkan kewujudan ombak, yang bermakna terdapat interaksi dinamik antara udara dan air,” katanya.

Michael Manga dari Universiti California, Berkeley pula berkata, radar imbasan bawah tanah yang digunakan “Zhurong” membolehkan penyelidik melihat lapisan bawah permukaan Marikh, sekali gus membuka peluang baharu dalam kajian geologi planet itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Semua kemajuan teknologi ini memungkinkan kami mendedahkan pelbagai maklumat baharu mengenai Marikh,” katanya.

Marikh pernah miliki pantai?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker