Syarikat ‘ugut’ pecat staf jika kekal bujang
Syarikat ‘ugut’ pecat staf jika kekal bujang

Beijing: Sebuah syarikat di China mencetuskan kontroversi selepas didakwa mengeluarkan notis ugutan untuk memecat kakitangan yang bujang dan bercerai, jika mereka kekal solo menjelang akhir September depan.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Kumpulan Kimia Shuntian di wilayah Shandong di timur China, yang menggaji lebih 1,200 orang, mengumumkan dasar meningkatkan kadar perkahwinan syarikat itu pada Januari lalu.
Dasar itu memerlukan kakitangannya yang bujang dan sudah bercerai, berusia antara 28 dan 58, untuk berkahwin menjelang akhir September tahun ini.
Mereka yang tidak berkahwin pada akhir Mac perlu menulis surat ‘kritik diri’.
Jika mereka tidak berkahwin pada akhir Jun, syarikat akan membuat penilaian terhadap mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Seandainya mereka masih bujang pada penghujung September, kakitangan terbabit akan dipecat.
Syarikat itu juga mengesahkan dasar yang menekankan nilai tradisional Cina seperti kesetiaan dan kepatuhan anak.
“Tidak menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan kadar perkahwinan adalah tidak setia. Tidak mendengar ibu bapa, kamu tidak berbakti.
“Membiarkan diri kamu membujang bukanlah kebaikan. Menggagalkan jangkaan rakan sekerja kamu adalah tidak adil,” kata syarikat itu dalam pengumuman.
Syarikat itu diasaskan pada 2001, dan salah satu daripada 50 perusahaan teratas di bandar Linyi di mana ia berpusat.
Biro sumber manusia dan keselamatan sosial tempatan memberitahu The Beijing News bahawa ia memeriksa syarikat itu pada 13 Februari, dan dalam tempoh kurang sehari, syarikat itu sudah menarik balik polisi berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
Tiada kakitangan dipecat kerana status perkahwinan mereka.
“Syarikat gila ini harus memikirkan perniagaannya sendiri dan menjauhkan diri daripada kehidupan peribadi kakitangan,” tulis seorang netizen.
“Biarlah mereka melaksanakan dasar itu. Mereka yang dipecat hanya boleh memohon untuk timbang tara dan mendapat jumlah pampasan yang baik,” tulis seorang lagi netizen.
Seorang kakitangan kerajaan berkata, notis syarikat itu melanggar Undang-undang Buruh China dan Undang-undang Kontrak Buruh.
Syarikat ‘ugut’ pecat staf jika kekal bujang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET