JDT catat rekod sehebat Bayern Munich

JDT catat rekod sehebat Bayern Munich

JDT catat rekod sehebat Bayern Munich
PERTAHANAN JDT, Corbin Ong (kiri) dan penyerang, Bergson da Silva bergambar dengan penyokong selepas JDT sah meraih kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut di Stadium Sultan Ibrahim. FOTO Johor Southern Tigers

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melakar rekod baharu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) apabila mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut, semalam.

Skuad Harimau Selatan mengesahkan kejuaraan musim ini lebih awal selepas menewaskan Perak 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim dengan mengumpul 58 mata ketika perjuangan mereka masih berbaki empat perlawanan.

Jumlah pungutan mata itu sekali gus menutup peluang untuk pencabar terdekat mereka, Selangor (42 mata) mengejar meskipun skuad Gergasi Merah beraksi kurang satu perlawanan.

Selain itu, skuad Harimau Selatan juga mempamerkan rekod yang boleh dikatakan tidak mampu dicapai mana-mana pasukan ketika ini apabila tidak tewas dalam 80 perlawanan Liga Super sejak 2021.

Bukan sahaja dalam Liga M, malah kejayaan itu turut memahat nama JDT dalam peta bola sepak dunia sebagai antara pasukan terbanyak yang berjaya mempertahankan kejuaraan berturut-turut.

Paling menarik, skuad Harimau Selatan ketika ini menyamai rekod gergasi Jerman, Bayern Munich yang memenangi gelaran Bundesliga dari musim 2012/13 hingga 2022/23.

Rekod dunia kelab yang memenangi kejuaraan domestik berturut-turut terbanyak di pegang Tafea FC yang mempertahankan gelaran Liga Bolasepak Port Vila sebanyak 15 kali antara musim 1994 hingga 2008/09.

JDT yang mula dijenamakan pada 2013 kini sudah memenangi 29 gelaran termasuk merangkul 11 trofi Liga Super, sembilan Piala Sumbangsih, empat Piala Malaysia dan Piala FA serta satu Piala AFC.

Malah, Harimau Selatan berpeluang cerah untuk menambah satu lagi trofi Piala Malaysia dalam kabinet mereka apabila menentang Sri Pahang dalam aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 12 April depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang pemilik JDT turut menzahirkan kesyukuran selepas skuad Hector Bidoglio menepati ramalan merangkul kejuaraan Liga Super buat kali ke-11.

Tunku Mahkota Ismail menulis “Alhamdulillah” di ruangan komen Instagram rasmi kelab, officialjohor yang memuat naik gambar grafik memaparkan kejuaraan Liga Super ke-11 kelab itu.

Sementara itu, bekas penyerang Real Madrid, Jese Rodriguez yang juga penjaring gol pertama dalam aksi menentang Perak meluahkan kegembiraan apabila berjaya membantu JDT mengesahkan kejuaraan Liga Super musim ini.

“Tahniah kepada seluruh keluarga JDT. Saya gembira berada di sini dan berasa seperti di rumah sendiri. Ayuh kita capai lebih banyak kejayaan!.

“Bersama-sama, kita akan melakar cerita yang hebat. Ini perlawanan ketiga berturut-turut saya dengan menjaringkan gol,” tulis Rodriguez di laman Instagram miliknya.

JDT catat rekod sehebat Bayern Munich

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker