Aguero kembali hantui lawan
Aguero kembali hantui lawan

Kuantan: Kembalinya pemain naturalisasi, Sergio Aguero diyakini mampu membantu memperkasakan jentera serangan skuad itu apabila melayan kunjungan Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Khamis ini.
Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, kehadiran pemain berasal dari Argentina akan membantu skuad itu yang berdepan masalah ketumpulan di bahagian serangan yang sebelum ini hanya menyandarkan kepada Kpah Sherman.
“Saya percaya dengan kehadiran Aguero juga serta komitmen tinggi daripada semua pemain akan memastikan Sri Pahang kembali mencatat kemenangan.
“Kita perlu menang untuk memperbaiki kedudukan selain perlu mempamerkan persembahan terbaik sebagai persediaan awal berdepan Johor Darul ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia nanti,” kata pengendali berusia 62 tahun itu.
Selepas 18 perlawanan, Sri Pahang kini berada di kedudukan ke-11 liga dengan mengutip 17 mata.
Aguero kembali hantui lawan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET