Kerian FA tekad tebus kehampaan Liga Perak Sejahtera musim depan

Kerian FA tekad tebus kehampaan Liga Perak Sejahtera musim depan

Kerian FA tekad tebus kehampaan Liga Perak Sejahtera musim depan
KERIAN FA muncul naib juara LPS selepas tewas tipis kepada Larut Matang & Selama (Baru) FA. -FOTO FB Perak FA

Kuala Lumpur: Gelaran naib juara Liga Perak Sejahtera (LPS 2024/2025) bagi merebut Piala Menteri Besar yang digapai oleh Kerian FA meniup semangat pasukan itu untuk tampil lebih bertenaga tahun depan sekali gus menebus kehampaan selepas tewas tipis kali ini.

Itu tekad yang dilaungkan oleh Kerian FA selepas kalah di tangan Larut Matang & Selama (Baru) FA 1-2 dalam perlawanan penuh mendebarkan, kelmarin.

Bagi pengurus pasukan Kerian FA, Shamsul Husain, biarpun bergelar naib juara, namun pasukan itu berjaya melangkaui sasaran yang ditetapkan.

Ini kerana, pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak kenal erti mengalah.

“Kami akan terus berusaha untuk menjadi lebih baik tahun depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?


“Biarpun tewas, kami terima dengan hati yang terbuka kerana pemain sudah berusaha sehingga berjaya mara ke final, dan ia satu sasaran di luar jangkaan kerana persatuan hanya menetapkan sasaran ke separuh akhir berikutan pencabar yang kuat di kejohanan kali ini,” katanya.

Shamsul berkata, sememangnya menjadi matlamat utama Kerian FA untuk melahirkan pemain baharu setiap tahun yang boleh dibawa ke peringkat lebih tinggi.

“Banyak pemain berasal dari utara Perak, cuma mereka jarang diberi peluang untuk diketengahkan oleh PAFA (Persatuan Bolasepak Perak).

“Terima kasih kepada Presiden Kerian FA, Datuk Sham Mat Sahat merangkap Timbalan Presiden PAFA yang memberi peluang kepada Kerian FA untuk turut serta dalam pertandingan ini.

“Terima kasih juga kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad kerana mewujudkan pertandingan ini demi perkembangan bola sepak di Perak.

“Ini kerana pertandingan seperti ini adalah pentas terbaik untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dalam pasukan bola sepak Perak,” katanya.

 

Kerian FA tekad tebus kehampaan Liga Perak Sejahtera musim depan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker