Azlan Shah akhirnya terima pengiktirafan selepas 22 tahun
Azlan Shah akhirnya terima pengiktirafan selepas 22 tahun

Kuala Lumpur: Selepas 22 tahun terbabit dalam arena sukan permotoran, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman akhirnya menerima pengiktirafan kali pertama apabila dinobatkan selaku penerima anugerah Ikon Sukan Permotoran Malaysia pada Malam Anugerah Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) 2024, hari ini.
Azlan yang terbabit dengan pelbagai peringkat perlumbaan termasuk pernah beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) mengakui tidak pernah menjangkakan akan menerima pengiktirafan sebesar itu.
“Saya tak sangka akan menang dalam kategori ini kerana perlu bersaing dengan Hafizh Syahrin (Abdullah) yang beraksi di pentas lebih besar seperti MotoGP lebih lama berbanding saya.
“Tetapi kali ini rezeki memihak kepada saya. Anugerah ini diharap dapat membakar semangat atlet-atlet (sukan permotoran) untuk berjaya satu hari nanti,” katanya ketika ditemui hari ini.
Malam Anugerah MAM yang kembali dianjurkan selepas enam tahun menyepi, menyaksikan 22 anugerah dinobatkan kepada atlet, pasukan serta organisasi yang menunjukkan pencapaian cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sementara itu, Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir menegaskan kepentingan majlis anugerah itu dalam mengiktiraf usaha dan pencapaian sukan permotoran Malaysia.
“Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen kami untuk mengiktiraf kerja keras dan kejayaan dalam sukan permotoran Malaysia. Ia bukan sekadar mengenai kemenangan, tetapi juga mengenai membina masa depan yang kukuh dan mampan untuk sukan ini.
“Malam ini, kita meraikan individu dan organisasi yang membawa sukan permotoran Malaysia ke tahap lebih tinggi, dan kami berharap untuk menjadikan acara ini sebagai acara tahunan dalam kalendar sukan permotoran,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
Azlan Shah akhirnya terima pengiktirafan selepas 22 tahun