Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
Portal berita The Star melaporkan, 9 anak syarikat KWSP mengalami kerugian selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2021.
Mengikut Laporan Ketua Audit Negara (1/2025), kerugian KWSP untuk tahun kewangan 2021 adalah RM49.76 juta.
Manakala kerugian yang ditanggung oleh KWSP untuk tahun kewangan 2022 pula adalah RM76.51 juta.
Jumlah keseluruhan kerugian sehingga tahun kewangan 2023 adalah sebanyak RM224.21 juta.
Berikut senarai anak syarikat KWSP yang mengalami kerugian sejak 2021:
- KWASA Europe S.à r.l, mencatat kerugian sebanyak RM158.42 juta (untuk tahun kewangan 2023 sahaja).
- Ameen Direct Equity I, L.P mencatat kerugian sebanyak RM25.61 juta.
- KWASA Europe-I S.à r.l mencatat kerugian sebanyak RM14.40 juta.
- Naungan Sentosa Sdn Bhd mencatat kerugian sebanyak RM11.88 million juta.
- KWASA Utama Sdn Bhd mencatat kerugian RM8.61 juta.
- YTR Harta Sdn Bhd mencatat kerugian sebanyak RM2.70 juta.
- KWASA Singapore Duo Pte Ltd mencatat kerugian RM1.36 juta.
- PPNK Harta Sdn Bhd mencatat kerugian sebanyak RM840,000.
- Common Icon Sdn Bhd mencatat kerugian sebanyak RM390,000.
Untuk rekod, Amir Hamzah Bin Tun Azizan, yang dilantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan II pada tahun 2023, adalah Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dari tahun 2021 hingga 2023.
Dalam artikata lain, sepanjang pentadbiran Amir Hamzah selama 3 tahun, KWSP mengalami kerugian luar biasa.
Menurut laporan audit, KWASA Europe, KWASA Eirope 1 dan Naungan Sentosa mengalami kerugian kerana pengstrukturan semula modal syarikat tersebut.
Sebahagian besarnya adalah dari aktiviti pinjaman pemegang saham.
Kerugian yang telah diaudit tidak termasuk kemungkinan kerugian lebih dari RM500 juta saham MAHB sekiranya benar apa yang didakwa oleh Wee Kah Siong.
Apa sebenarnya yang telah berlaku dalam pengurusan KWSP?
Dan mengapa pula Anwar Ibrahim melantik Amir Hamzah sebagai Menteri Kewangan II selepas terbukti beliau gagal menguruskan kewangan KWSP?
Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas