Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Hubungan tegang antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim bukanlah lagi sesuatu yang dapat diselindungkan.
Kerana perseteruan antara kedua-dua pemimpin sudah berlarutan berdekad lamanya.
Walau pun Dr Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab membawa Anwar ke dunia politik, namun beliau jugalah yang bertanggungjawab menyingkirkan Anwar dari UMNO.
Alasan Dr Mahathir mengambil tindakan adalah kerana Anwar terlibat dalam kegiatan seks songsang dan tidak layak menjadi pemimpin.
Tetapi ada yang mendakwa, kerana Anwar terlalu rakus mahu menjatuhkan Dr Mahathir.
Di pihak Anwar pula mendakwa, tindakan Dr Mahathir adalah untuk menutup amalan kronisma dan nepotisma yang diamalkan oleh regim beliau.
Perbalahan antara mereka berdua telah mengecilkan kuasa politik orang Melayu.
UMNO berpecah kepada dua.
Mereka yang setia dengan Dr Mahathir meneruskan karier politik mereka bersama UMNO.
Manakala yang setia dengan Anwar, bertindak keluar dari UMNO dan menubuhkan PKR.
Tidak cukup dengan itu, serang menyerang antara kedua-dua kumpulan yang bertelagah berterusan.
UMNO dilabelkan sebagai parti politik yang dipenuhi dengan pemimpin yang mengamalkan salah guna kuasa dan rasuah.
Anak-anak muda yang belum matang dalam politik dipengaruhi agar membenci UMNO.
Akibatnya, UMNO sebagai sebuah parti politik yang menjadi wadah perjuangan bangsa Melayu dipandang dengan cukup jijik.
Kini baton sudah bertukar tangan.
Anwar berada di puncak kuasa, manakala Dr Mahathir pula berada di luar gelanggang.
Namun, dendam kesumat yang masih bersarang di hati mereka berdua masih menebal.
Serang menyerang antara mereka berdua masih berterusan.
Hentikanlah perang yang tidak membawa sebarang faedah ini.
Kepada Anwar, tumpukan perhatian sepenuhnya untuk membangunkan semula ekonomi negara.
Hentikan beretorik sekiranya tidak mempunyai bukti yang kukuh.
Buat Dr Mahathir pula, berikan ruang dan peluang sepenuhnya kepada Anwar untuk memimpin negara.
Jangan dikacau dengan peperangan yang tidak membawa sebarang faedah ini.
Apakah mereka mahu melihat negara ini hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada UMNO?
Di Mana Penghujungnya Perang Antara Mahathir Dan Anwar
Di Syorkan Untuk Anda:
- UMNO Mesti Lebih Berhati-Hati Dengan Sikap DAP
- Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah