Janna Nick Dan Suami Ditegur Sering Kongsi Konten ‘Sweet’ Suami Isteri Berbaur Lucah
Janna Nick Dan Suami Ditegur Sering Kongsi Konten ‘Sweet’ Suami Isteri Berbaur Lucah
Pelakon Janna Nick menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka selepas konten media sosialnya mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai. Konten tersebut didakwa mempunyai ‘double meaning’ atau berbaur lucah, terutamanya apabila dia berbicara mengenai kacang botol dalam salah satu video bersama suami, Dini Schatzmann. Janna, yang juga dikenali dengan nama penuh Nurul Jannah Muner, 30, menjelaskan bahawa dia tidak pernah berniat untuk membuat kandungan yang boleh menimbulkan salah faham.
Menurut Janna, dia mungkin terlalu selesa semasa merakam video bersama suaminya, dan dalam video tersebut, dia hanya bercakap mengenai kacang botol, mengingatkan untuk memilih yang kecil dan rangup, bukan yang keras atau besar.
Bagi Janna, apa yang disampaikan itu adalah fakta semata-mata, tetapi sesetengah orang mungkin melihatnya dari sudut yang berbeza. Janna mengakui bahawa dalam suasana santai bersama suami, kadang-kadang perbualan yang terlepas daripada mereka mungkin tidak sesuai dengan tanggapan orang ramai.
Walaupun begitu, Janna menerima segala teguran dengan berlapang dada dan berjanji akan berusaha memperbaiki kekurangan yang ada. Dia mengakui kelemahan dalam dirinya dan akan berusaha lebih berhati-hati dalam menghasilkan konten pada masa depan. Janna turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan teguran dan berjanji untuk terus berkongsi kandungan yang bermanfaat dan positif, serta menggembirakan semua pihak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Kecaman terhadap Janna dan Dini muncul apabila beberapa video mereka dianggap sengaja memasukkan unsur-unsur yang kurang sensitif demi mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi. Walaupun begitu, Janna tetap berpegang pada prinsip untuk menghasilkan konten yang membawa kebaikan dan tidak berunsur negatif.
Janna Nick Dan Suami Ditegur Sering Kongsi Konten ‘Sweet’ Suami Isteri Berbaur Lucah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET