Mourinho mahu capai impian di Liga Europa bersama Fenerbahce

Mourinho mahu capai impian di Liga Europa bersama Fenerbahce

Mourinho mahu capai impian di Liga Europa bersama Fenerbahce
MOURINHO (kiri) membantu pemain Anderlecht, Theo Leoni pada perlawanan pertama play-off, 13 Februari lalu. FOTO REUTERS

Paris: Fenerbahce dijangka layak ke pusingan 16 terbaik Liga Europa apabila mereka bertandang ke Anderlecht, awal pagi Jumaat, pada ketika pengurus, Jose Mourinho menyasarkan trofi Eropah keenam dalam kariernya.

Fenerbahce melangkah ke perlawanan kedua play-off dengan kedudukan selesa 3-0 selepas perlawanan pertama di Istanbul, apabila kapten, Edin Dzeko bersama Dusan Tadic dan Youssef En-Nesyri menjaringkan gol.

Menjangkakan mereka dapat mengelak malapetaka di Brussels, mereka akan layak ke pusingan berikutnya untuk berdepan Rangers atau kelab gergasi Greece, Olympiakos, yang akan disahkan pada undian Jumaat ini.

Kini berusia 62 tahun, Mourinho dilantik mengemudi kelab Istanbul itu pada musim ini daripada kelab di sebelah Asia, Bosphorus.

Dia ditugaskan tugas untuk menyingkirkan pesaing utama, Galatasaray dan membawa Fenerbahce meraih gelaran liga Turkiye pertama sejak 2014.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?


Namun, prospek dalam saingan domestik kelihatan kurang memberangsangkan apabila Fenerbahce kini berada di tempat kedua, enam mata di belakang Galatasaray yang masih belum tewas selepas 23 perlawanan.

Pasukan bimbingan Mourinho hanya tewas dua perlawanan dalam saingan Super Lig iaitu 1-3 di tempat sendiri kepada Galatasaray pada September dan 0-1 kepada satu lagi pesaing dari Istanbul, Besiktas pada Disember.

Berdasarkan situasi itu, Fenerbahce boleh dimaafkan jika mereka kini lebih memberi tumpuan kepada pertembungan derby antara benua menentang Galatasaray – kedua-dua kelab ini berasal dari bahagian Asia dan Eropah di sepanjang Selat Bosphorus – pada Isnin.

Namun, kejayaan di peringkat Eropah akan menjadi pencapaian luar biasa bagi Mourinho terutama selepas pasukannya tersingkir di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), musim ini.

Fenerbahce tidak pernah mara ke final Eropah dan satu-satunya gelaran antarabangsa dimenangi kelab Turkiye masih kekal milik Galatasaray, yang menjuarai Piala UEFA pada 2000.

Skuad Mourinho tidak kekurangan kualiti dengan duo berpengalaman Tadic dan Dzeko disertai oleh penyerang Maghribi, En-Nesyri serta pemain sayap Perancis, Allan Saint-Maximin.

Malah, bek tengah yang juga kapten Slovakia, Milan Skriniar menyertai Fenerbahce secara pinjaman dari Paris Saint-Germain pada jendela perpindahan musim sejuk.

Mourinho pernah menjuarai Piala UEFA dan UCL bersama Porto, sebelum meraih satu lagi gelaran UCL bersama Inter Milan.

Beliau turut membawa Manchester United menjuarai Liga Europa pada 2017 dan memenangi Liga Persidangan Europa bersama Roma pada 2022.

Mourinho mahu capai impian di Liga Europa bersama Fenerbahce

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker