Nelayan kesal tidak halang Norshamira jumpa suspek
Nelayan kesal tidak halang Norshamira jumpa suspek

Kuantan: Seorang nelayan terkilan kerana tidak menghalang mangsa kes pembunuhan peniaga wanita ketika sedang menghantar barang niaga kepada suspek di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada malam Rabu lepas.
Nelayan yang hanya mahu dikenali Mohamad, 40, berkata, dia yang sedang minum di sebuah gerai bersama rakannya ternampak mangsa keluar dari kereta menuju ke penghujung jalan jeti berkenaan sekitar 8 malam.
Mohamad berkata, dia bersama rakannya menegur mangsa supaya tidak pergi ke jalan itu kerana keadaan gelap dan tidak dilalui penduduk pada waktu malam, namun mangsa tetap juga pergi sebaik melihat suspek memanggilnya.
“Saya sangka mangsa kenal rapat dengan suspek sebab mangsa tetap hendak ke sana, jadi saya tidak halang dan tanya lanjut. Dia pun tidak minta teman.
“Kami tidak nampak suspek cuma kelihatan cahaya lampu telefon yang dilambai suspek kepada mangsa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kes pembunuhan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
- Apakah Masa Depan UMNO Sebagai Parti Politik Orang Melayu
- Sekali Lagi Anwar Jadi ‘Kapten Amerika’ Untuk Rakyat Malaysia
Mohamad berkata, jika dia mengetahui pelanggan yang ditemui mangsa adalah suspek, dia akan bertindak menghalangnya daripada berjumpa suspek.
“Kalau saya tahu, memang saya tidak bagi jumpa dan akan teman mangsa kerana suspek memang dikenali penduduk sekitar sebagai bermasalah,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Jailani, 50, memberitahu kebanyakan nelayan mengenali suspek yang sebelum ini pernah menetap di kawasan berkenaan.
“Tapi, kami sudah lama tak jumpa dia… Cuma dua tiga hari ini, dia datang kembali ke sini sebelum kejadian dan berlegar-legar di kawasan sekitar dan kami tidak sangka dia melakukan perbuatan itu,” katanya.
Polis hari ini membawa suspek utama pembunuhan itu ke tempat kejadian menaiki sebuah kereta yang turut diiringi beberapa kereta polis kira-kira 2.30 petang dengan memakai baju lokap.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Selepas Tengku Maimun, Mantan Presiden Majlis Peguam Pula Kecam Kerajaan Perpaduan
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan kes pembunuhan itu.
“Suspek dibawa ke lokasi untuk siasatan lebih lanjut dan mendapatkan bahan bukti lain di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam polis menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada pukul 5.30 pagi dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.
Suspek berusia 53 tahun itu direman seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes bunuh Norshamira Zainal, 37, yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lepas, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Nelayan kesal tidak halang Norshamira jumpa suspek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET