Siasatan terhadap Hejira Travel & Tours masih diteruskan – Polis

Siasatan terhadap Hejira Travel & Tours masih diteruskan – Polis

Siasatan terhadap Hejira Travel & Tours masih diteruskan - Polis

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menerima 141 laporan terhadap syarikat pengendali umrah, Hejira Travel & Tours Sdn Bhd dan siasatan terhadap syarikat itu masih dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata kesemua 141 laporan polis itu diterima setakat 7 Februari lalu, membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM3.01 juta.

Menurutnya, PDRM masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu dan memperdaya terhadap syarikat terbabit ekoran daripada laporan polis yang diterima itu.

“Memandangkan syarikat pengendali umrah ini berdaftar dan dilesenkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) untuk menjalankan aktiviti umrah dari tahun 2023 sehingga Mac 2027, sebahagian laporan polis turut dirujuk kepada pihak MOTAC sebagai agensi penguat kuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.

“Siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan tetap diteruskan walaupun sebahagian laporan polis ini dirujuk kepada MOTAC,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Ramli berkata demikian sebagai membalas kenyataan pihak Mind Pro Management (MPM) dalam satu sidang media bersama sebahagian mangsa penipuan pakej umrah, semalam.

Pada sidang media itu, MPM didakwa mempersoal tindakan PDRM yang mengklasifikasikan siasatan berkait kes itu sebagai Rujuk Kepada Agensi Lain atau ‘Refer to Other Agency’ (ROA).

Mengulas lanjut, Ramli berkata kenyataan MPM itu memberi gambaran seolah-olah tiada siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dilakukan oleh PDRM.

“Kenyataan ini adalah tidak benar, tidak bertanggungjawab dan memberikan persepsi buruk kepada PDRM.

“Perlu diketahui bahawa undang-undang negara ini memperuntukkan kuasa siasatan yang berbeza kepada agensi penguat kuasa yang berlainan,” katanya.

Beliau menegaskan, kesalahan yang termaktub di dalam undang-undang tertentu hendaklah disiasat oleh agensi yang dipertanggungjawabkan supaya tindakan lebih tepat serta sesuai dapat dilaksanakan.

Pada pertengahan bulan lalu, kecoh di media sosial apabila kira-kira 300 jemaah umrah terkandas apabila penerbangan mereka ke Tanah Suci ditunda syarikat pengendali umrah terbabit.

Susulan siasatan oleh polis Selangor, pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat Hejira Travel & Tours Holding, yang disyaki terbabit dalam penipuan umrah, ditahan dan direman untuk siasatan.

Siasatan terhadap Hejira Travel & Tours masih diteruskan – Polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker