2 warga emas maut kemalangan pulang dari tokong
2 warga emas maut kemalangan pulang dari tokong

PADANG BESAR: Dua warga emas maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Klinik Kesihatan Padang Besar, di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 9.20 malam itu, pemandu kereta jenis Nissan Sentra terbabit, Eio Siw Kong @ Yeoh Seow Khoon, 75, dan rakannya, Ong Phu Siew, 74, meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian pinggul serta patah tulang rusuk.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di sekitar Pekan Padang Besar selepas membantu persiapan upacara keagamaan di sebuah tokong di Taman Kim, Padang Besar.
“Tiba-tiba, datang sebuah Proton Waja dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dari arah Padang Besar yang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian hadapan kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Susulan perlanggaran itu, beliau berkata, Phu Siew yang juga seorang suri rumah disahkan maut di tempat kejadian, manakala Siw Kong yang bekerja sebagai peniaga pula meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
Mohd Shokri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta tampil memberikan kerjasama.
2 warga emas maut kemalangan pulang dari tokong
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah