Kes bunuh rakan sekerja, reman 5 suspek warga asing dilanjut 7 hari lagi
Kes bunuh rakan sekerja, reman 5 suspek warga asing dilanjut 7 hari lagi
BATU PAHAT: Tempoh reman terhadap lima warga asing termasuk suspek utama yang disyaki menikam rakan sekerja dengan pisau hingga maut, dilanjutkan tujuh hari.
Perintah lanjutan reman dikeluarkan Majistret Arun Noval Dass terhadap semua suspek berusia 22 hingga 27 tahun bermula esok sehingga Ahad depan.
Ia membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas seorang pekerja kilang warga asing berusia 30 tahun ditemui mati akibat ditikam rakan sekerja di asrama pekerja di Kawasan Perindustrian Sri Gading, pada 9 Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kejadian itu tercetus daripada provokasi membabitkan sekumpulan pekerja warga asing pada jam 11.30 malam.
Kes bunuh rakan sekerja, reman 5 suspek warga asing dilanjut 7 hari lagiBeliau berkata, suspek bekerja sebagai operator kilang ditikam beberapa kali di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
“Hasil bedah siasat oleh pakar patologi forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan dalaman akibat ditikam objek tajam.
“Dalam kejadian ini, suspek utama berusia 24 tahun ditahan bersama empat yang lain bagi membantu siasatan berhubung insiden ini.
“Pada masa sama, polis turut menemui senjata digunakan dan barang kes itu dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Baru-baru ini, lelaki warga Nepal ditemui mati selepas ditikam rakan sekerja dalam satu pergaduhan.
Sebelum kejadian, mereka pulang dalam keadaan mabuk sebelum suspek melakukan provokasi yang menyebabkan berlaku perselisihan dan kemuncaknya apabila mangsa membaling basikal ke arahnya.
Tidak puas hati dengan tindakan mangsa, suspek mengambil sebilah pisau lalu menikam belakang, perut dan pinggang hingga mangsa maut di lokasi.
Kes bunuh rakan sekerja, reman 5 suspek warga asing dilanjut 7 hari lagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ahmad Terrirudin Manjadi Mantan Peguam Negara Pertama Yang Bakal Di Heret Ke Mahkamah