Guru tuisyen rugi RM886,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Guru tuisyen rugi RM886,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
![Guru tuisyen rugi RM886,000 terpedaya pelaburan tidak wujud](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/02/investment_scam_1739371128.jpg)
PONTIAN: Seorang guru tuisyen wanita berusia 43 tahun kerugian RM886,000 selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abd Hamid Abdul Rahaman, berkata berdasarkan laporan yang diterima pada awalnya guru tuisyen itu berkenalan dengan suspek melalui laman media sosial.
Beliau berkata, mangsa ditawarkan untuk menyertai satu pelaburan melalui aplikasi ‘trus wallet’ pada 21 September 2024.
“Suspek menjanjikan keuntungan tinggi dan berkali ganda berdasarkan jumlah wang yang dilaburkan menerusi pelaburan itu.
“Akibat tertarik dengan keuntungan janjikan oleh suspek, mangsa membuat 30 transaksi pembayaran ke dalam akaun yang diberikan suspek sehingga berjumlah RM886,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?
Beliau berkata, bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila wang modal dan keuntungan yang dijanjikan tidak diterima sehingga kini.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih sepuluh tahun dengan sebatan dan juga denda,” katanya.
Guru tuisyen rugi RM886,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?
- Bolehkah Gag Order Bisukan Ahli Parlimen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.