Ingatkan gula-gula susu, rupanya mercun

Ingatkan gula-gula susu, rupanya mercun

Ingatkan gula-gula susu, rupanya mercun
BUNGKUSAN mercun seperti gula-gula .FOTO Agensi

Beijing: Seorang wanita dari barat daya China mengalami kecederaan pada mulutnya selepas terkunyah bahan itu kerana menyangka ia gula-gula susu.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, kecederaan itu berlaku selepas mercun berkenaan meletup sebaik dikunyah oleh mangsa dikenali Wu.

Wu, dari Chengdu di wilayah Sichuan menerusi perkongsian pengalaman di media sosial mendedahkan bungkusan jenis mercun atau dikenali ‘shuang pao’ di China hampir menyerupai gula-gula susu.

Persamaan itu menyebabkan Wu tersilap mengambil bungkusan mercun yang disangka gula-gula hingga cedera pada mulutnya.

Shuang pao aktif tanpa memerlukan nyalaan api dan boleh meletup dengan bunyi kuat memadai dengan dijatuhkan atau dikenakan tekanan, seperti dipijak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Pemimpin Politik Masih Menghormati Prinsip Demokrasi?


Keunikan dan tarikan mercun itu menjadikannya pilihan untuk majlis seperti perkahwinan, parti dan perhimpunan keluarga, terutamanya ketika Tahun Baharu Cina.

Dalam temubual bersama Elephant News pada 5 Februari lalu, Wu menceritakan mercun terbabit dibawa pulang oleh adik lelakinya.

“Saya sedang menonton televisyen di rumah dalam keadaan gelap di ruang tamu sebelum adik saya pulang dengan membawa beg makanan ringan.

“Saya fikir ia gula-gula susu yang saya suka waktu kecil jadi saya membukanya dan memasukkannya ke dalam mulut. Ketika itulah ia meletup.

“Ketika itu, saya terkedu. Sejujurnya, saya tidak berasa sakit cuma terhidu bau serbuk letupan di dalam mulut saya.

“Mungkin mulut saya menjadi kebas, saya tidak berapa apa-apa ketika makan atau menggosok gigi,” katanya.

Satu gambar menunjukkan mercun itu dibalut dengan filem plastik yang ditutup dengan kerajang aluminium seperti pembungkusan yang biasanya digunakan untuk pil.

Biarpun tidak pasti sama ada Wu mendapatkan rawatan, ada kesan darah yang kelihatan jelas di mulutnya.

Insiden itu mendapat perhatian meluas dalam kalangan netizen di China dengan rata-ratanya bersetuju pembungkusan mercun yang seperti kapsul mengelirukan pengguna

Ingatkan gula-gula susu, rupanya mercun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mungkinkah Najib Akan Menjadi Perdana Menteri Kali Kedua?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker