Kanak-kanak maut, kereta dipandu bapa terhumban dalam gaung

Kanak-kanak maut, kereta dipandu bapa terhumban dalam gaung

Kanak-kanak maut, kereta dipandu bapa terhumban dalam gaung

RAUB: Seorang bapa berusaha menyelamatkan anak perempuannya berusia lima tahun dengan menarik mangsa naik ke atas tebing gaung sejurus kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Lama Raub – Bentong.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian berhampiran jambatan besi, Pekan Tras, jalan lama Raub ke Bentong jam 6.00 petang semalam, kereta dinaiki mangsa terhumban ke dalam gaung.

Beliau berkata, kereta dipandu lelaki berusia 30 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Tranum menuju ke Raub.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

Beliau berkata, petugas perubatan dari Hospital Raub yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.

Kanak-kanak maut, kereta dipandu bapa terhumban dalam gaung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker